CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 20 October 2012

PENGAJARAN MASA DAN WAKTU

Saya tengah menjalankan satu sesi P&P yang berkaitan dengan tajuk Masa dan Waktu di sebuah kelas tahun 2.

Murid saya suka menggunakan papan putih untuk membuat pengiraan dan menulis jawapan mereka pada papan tersebut.

Konsep jam dikukuhkan dengan menggunakan modal jam supaya murid dapat mempratikkan kemahiran yang baru belajar pada alat maujud.




Murid tengah menjalankan kerja kumpulan - menghasilkan muka jam dan merekodkan aktiviti harian mengikut waktu yang diberi dalam tugasan tersebut. Mereka tengah sibuk menggunting, melekat, menulis.....
Murid menggunakan alat interaktif mobile untuk menjalankan aktiviti pengayaan iaitu menjawab soalan dalam  permainan masa dan waktu menggunakan web.

Ini adalah teknik pengukuhan minit yang telah direka oleh saya pada post yang lepas. Saya mengaplikasikan dalam kelas Tahun 2. Nampak berkesan dan dapat menarik perhatian murid untuk belajar hafalan minit dalam gandaan lima.

Hasil kerja kumpulan murid saya. Mereka bangga dengan kerja tangan sendiri. 

Friday 19 October 2012

ALAT BANTUAN MENGAJAR

Di bawah ini adalah alat bantuan mengajar yang disediakan untuk menjalankan pengajaran dalam tajuk masa dan waktu.
Bahan untuk membina muka jam
Beraneka warna angka yang telah telah saya sediakan.

Melekat nombor pada piring.
Masukkan pin yang diperbuat daripada dawai halus dan butang.
Saip!
Bekas mengisi telur - untuk diguna dalam aktiviti pemulihan nanti
Tidak tinggal juga bola ping pong sebanyak 25 biji
Ini adalah teknik pengukuhan senggatan minit dalam gandaan lima yang telah direka oleh saya.  Kertas warna menunjukkan angka pada muka jam, bola ping pong menunjukkan minit dalam gandaan lima. Aktiviti ini akan melatih murid untuk menguasai sifir lima dengan berkesan.

Monday 15 October 2012

PERMAINAN NOMBOR YANG MENARIK

Permainan nombor ini telah menarik perhatian saya semasa saya melawati satu blog yang bertajuk " Helping Little Hands".
Permainan ini menarik sebab ia melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran psikomotor. Nombor bermula daripada 1 hingga 10 telah diletak di atas lantai. Murid akan melompat dan memijak nombor mengikut teknik menaik atau menurun. Permainan ini akan mengukuhkan lagi konsep rangkaian nombor. Ia sesuai dijalankan di kelas Pra Sekolah dan juga Tahun 1.

Nombor disusun dalam garisan lurus terlebih dahulu untuk membina konsep membilang nombor secara menaik.
Nombor disusun secara rawak, Murid perlu memikir dan mencari nombor yang seterusnya.

Permainan ketinting menggunakan nombor.

Susunan nombor dalam bentuk bulatan.

Friday 12 October 2012

PENGUASAAN SIFIR DENGAN MUDAH


Kemahiran asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi saling berkait antara satu sama lain. Jika pelajar gagal menguasai salah satu kemahiran ini, ia akan memberi kesan kepada pembelajaran kemahiran yang seterusnya.


Kemahiran menambah terkandung di dalam kemahiran mendarab.

Dalam asas kemahiran sifir, terdapat dua jenis nombor yang boleh kita kelaskan untuk memudahkan penguasaan sifir. Jika kita memahaminya, pemahaman dan penguasaan sifir akan menjadi mudah. Dua jenis nombor yang perlu difahami kategorinya ialah nombor ganjil dan nombor genap.

Bagi sifir yang bermula dengan nombor ganjil, ia akan mempunyai urutan nombor yang bermula dari 1,2,3,4,5,6,7,8,9. Manakala bagi sifir yang bermula dengan nombor genap, ia akan bermula dengan urutan nombor seperti 2,4,6,8,0,2,4,6,8. 

Contoh sifir 2 di bawah :
 Urutan nombor bermula dari 2,4,6,8,0,2,4,6.
 Apabila dimasukkan angka merah seperti berikut, ia akan menghasilkan jawapan untuk sifir 2.
Contoh sifir 3 (nombor ganjil) :
Urutan nombor bermula dari 1,2,3,4,5,6,7,8,9
Apabila ditambahkan angka yang berwarna merah, jawapan sifir 3 telah dihasil.

MATA LEMBU

PERMAINAN MATA LEMBU

Permainan mata kerbau merupakan satu permainan yang mudah disediakan dengan mengguna gambar seperti yang ditunjukkan di bawah. Lilitan bulatan yang paling luar adalah rumah bernilai satu manakala pusatnya merupakan rumah ratus dan harus dicapai untuk mendapat jumlah mata yang banyak.
Peraturan :

  • Ia boleh dimain dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 3 orang pemain.
  • Setiap pemain dibekal dengan 5 klip kertas.
  • Pemain akan melambungkan klip kertas ke atas lukisan "mata lembu".
  • Mata akan dijumlah berdasarkan berapa klip kertas yang jatuh pada nilai tempat tersebut.
  • Sekiranya klip kertas terjatuh di luar lukisan, maka ia akan dikira sebagai 0 mata.
Contoh :   3 pin berada di lilitan rumah satu dan
                 1 pin berada di rumah ratus. 
                 Maka jumlah mata yang dicapai ialah :
                 (3x1) + (1x100) = 103 mata.


Ini merupakan borang pemarkahan untuk mencatat jumlah mata yang dipungut.

Donald in Mathmagic Land

PERMAINAN "4 WAY COUNTER"

PERMAINAN "4 WAY COUNTER"

Permainan ini merupakan satu permainan yang menggunakan 2 biji dadu, 4 set kekunci yang ditulis dengan nombor 1 sehingga 10. Kekunci bar kayu ini telah dipasang bersama dengan sebatang rod logam pada hujungnya untuk membolehkan mereka digerakan ke atas atau ke bawah.

Peraturan :
  • Permainan ini dimulakan dengan kekunci menghala ke bawah iaitu dengan mempaparkan kesemua nombor terlebih dahulu.
  • Kekunci diterbalikkan sekiranya pemain dapat menunjukkan hasil jawapan daripada kedua-dua nilai dadu.

Contoh :  
Dadu menunjukkan 4 dan 2
Di bawah menunjukkan kemungkinan 4 operasi yang terlibat :
 -   4 + 2 = 6 (kekunci 6 diterbalikkan)
 -   4 - 2  = 2 (kekunci 2 diterbalikkan)
 -   4 / 2   = 2 (kekunci 2 diterbalikkan)
atau 4 x 2 = 8 (kekunci 8 diterbalikkan)

  • Apabila hasil nilai dadu membawa 11, pemain boleh memilih salah seorang daripada pihak lawan dengan menurunkan semua kekuncinya ke bawah.
  • Apabila hasil nilai dadu membawa 12, maka pemain tersebut akan didenda dengan menurunkan kesemua kekuncinya ke bawah.
  • Pemain boleh menentukan operasi tertentu digunakan. Misalnya hanya operasi tambah terlibat sahaja.
  • Pemenang adalah pemain yang kesemua kekuncinya  telah diterbalikkan.

ABM - NILAI TEMPAT

Berikut adalah alat bantu mengajar bagi tajuk nombor dalam matematik. Guru boleh menggunakan kertas warna untuk menghasilkan satu alat bantuan mengajar yang menarik untuk pengajaran dan pembelajaran.
Setiap kertas warna ditulis dengan angka 0 hingga 9

Sediakan 7 jenis warna untuk mewakili setiap rumah nilai, bermula dari rumah satu hingga rumah juta. Murid boleh menggunakan kad nombor ini untuk menjalankan aktiviti dengan membacakan nombor sehingga 1 000 000 serta mengenal pasti nilai tempat sesuatu nombor.

Wednesday 10 October 2012

MENYUSUN NOMBOR MENGIKUT TERTIB

Dalam tajuk nombor bulat tahun 2, standard kandungan pertama terdiri daripada menama dan menentukan nilai nombor. Murid dikehendaki membaca, menyebut dan menyusun nombor mengikut tertib menaik dan menurun. Berikut merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menarik untuk menyusun nombor secara tertib menaik atau menurun. 

Alat yang perlu : batang kayu ais krim dan tanah liat (PlayDoh).



Guru boleh menyediakan batang kayu ais krim dengan menulis angka dari 1 hingga 20 di atas batang tersebut.
Batang kayu ais krim kemudian dilonggokkan bersama.
Murid diminta untuk menyusun batang kayu ais krim secara tertib menaik atau menurun di atas tanah liat.

* Guru boleh meminta murid membilang sambil menyusun.
* Angka boleh ditukar kepada lima-lima ( 5,10,15,20....)  atau sepuluh-sepuluh (10,20,30,40....) atau seratus-seratus (100,200,300,400....) atau sebarang nombor ( 3, 16, 24, 35...)
* Aktiviti ini dapat membantu murid untuk mengukuhkan pengetahuan dalam membilang nombor secara tertib menaik dan menurun.